Selamat menghadiri program sastera "Tanggang"! Selepas penat mengulangkaji dan belajar untuk peperiksaan peringkat "O", kamu perlu sesuatu yang menarik yang diharapkan dapat memupuk lebih minat dalam subjek sastera Melayu.
Kamu sekelas akan menjalani program yang diberi nama "Tanggang" selama 2 hari bermula hari Jumaat ini. Hari kedua program akan dijalankan pada hari Isnin depan.
Seperti biasa, kamu akan mendapat maklumat terperinci tentang program "Tanggang" menerusi blog ini. Menjadi tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar sastera yang berwibawa untuk membaca arahan supaya dapat menyediakan diri untuk aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancangkan.
Saya akan menaikmuatkan beberapa entri mengenai rubrik, arahan dan sebagainya dari masa ke semasa.
Saya mengharapkan bantuan padu dari setiap pelajar supaya program "Tanggang" ini dapat berjalan dengan lancar.
Perhatian: Bagi pelajar yang tidak mempunyai komputer atau tidak mempunyai talian internet di rumah, kamu boleh menggunakan komputer di makmal komputer 1 (di tingkat 3) pada pukul 1 petang hingga 3 petang setiap hari. Kamu harus ingat supaya menulis nama di buku log yang tersedia. Jika kamu memerlukan bantuan, sila hubungi saya di bilik guru.
Semoga berjaya!~
Tuesday, November 23, 2010
Panduan menganalisis sajak
Untuk aktiviti 1 hari pertama program "Tanggang", kamu dikehendaki untuk menganalisis sajak bertajuk Jika Tanggang Tak Derhaka oleh Peter Augustine Goh berdasarkan panduan berikut.
Setiap kumpulan harus menganalisis satu aspek. Saya akan memberikan tugasan kepada setiap kumpulan di kelas nanti.
Aspek-aspek
Kamu diberi masa 15 minit untuk berbincang.
Selamat berjuang!~
-Cikgu Fai
Setiap kumpulan harus menganalisis satu aspek. Saya akan memberikan tugasan kepada setiap kumpulan di kelas nanti.
Aspek-aspek
- Bentuk
- Gaya bahasa
- Nada
- Sikap pengarang
- Amanat (Mesej)
- Tema (akan dibincangkan bersama)
- Terangkan aspek analisis sajak yang diberikan
- Berikan contoh-contoh yang terdapat dalam sajak
- Nyatakan pendapat kumpulan
Kamu diberi masa 15 minit untuk berbincang.
Selamat berjuang!~
-Cikgu Fai
Panduan pelajar - Podcast
Sekarang kamu akan membuat rakaman suara dalam bentuk podcast. Kamu akan menggunakan sofwe Audacity yang pernah kamu gunakan. Bagi yang terlupa cara menggunakan Audacity, klik pautan ini untuk menonton tutorannya: Cara menggunakan Audacity
Kamu harus membuat podcast berdasarkan panduan berikut..
Semoga berjaya!~
-Cikgu Fai
Kamu harus membuat podcast berdasarkan panduan berikut..
- Beri penghormatan kepada pendengar dan kenalkan diri kamu
- Nyatakan sajak yang akan dianalisis
- Nyatakan 2 aspek teori formalistik (yang telah dipelajari) yang akan kamu bincangkan
- Buat perbincangan
- Berikan pendapat kritis dan berkualiti
- Rumusan
- Rakam keluar (sign off) dengan menyatakan nama dan memberi salam
- Mesti menerangkan tentang sekurang-kurangnya 2 aspek
- Rakaman harus tidak lebih dari 4 minit
Semoga berjaya!~
-Cikgu Fai
Rentas Cipta - Arahan cerpen
Sekarang kamu dikehendaki untuk membuat Rentas Cipta! Dari sajak Jika Tanggang Tak Derhaka oleh Peter Augustine Goh, kamu harus mengadaptasi dan menghasilkan sebuah cerpen. Cerpen kamu harus sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.
Saya pasti kamu tahu apa itu aktiviti Rentas Cipta.. Untuk membantu kamu, kamu bolehlah mengambil sebahagian daripada aspek analisis sajak yang telah dilakukan dan menulis sebuah cerpen. Ataupun, kamu boleh mengambil amanat atau mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dan mengubahnya untuk menjadi sebuah cerpen.
Aktiviti Rentas Cipta ini diharapkan dapat menunjukkan kreativiti kamu. Diharapkan juga bahawa kamu dapat memberi nafas baru pada topik yang dibincangkan.
Cerpen kamu harus dimuatnaikkan di blog selewat-lewatnya pada hari Ahad, jam 10 malam.
Perhatian: Kepada segelintir pelajar yang tidak mempunyai komputer atau internet di rumah, kamu boleh menaikmuatkan cerpen sebelum masuk ke kelas sastera pada hari Isnin. Komputer di luar bilik guru boleh digunakan. Pastikan kamu menulis nama dan kelas di log yang disediakan.
Saya akan menilai cerpen ini menggunakan rubrik penulisan yang akan dinaikmuatkan di blog ini.

HARI KEDUA: Rentas Cipta 2 - Lakonan
Setelah memilih sebuah cerpen yang ditulis oleh seorang anggota kumpulan kamu, kamu dikehendaki untuk menulis sebuah skrip berdialog bagi melakonkan sebahagian dari cerpen.
Setelah merentas cipta dari sajak ke cerpen, sekarang kamu dikehendaki untuk merentas cipta dari cerpen ke genre drama. Lakonan kamu diharapkan dapat menyemarakkan lagi program "Tanggang" ini dan juga untuk memberi peluang kamu menghargai pelbagai genre sastera.
Interpretasi lakonan kamu akan dirakam menggunakan video rakaman. Fail lakonan kamu akan dinaikmuatkan di blog ini supaya dapat diberi maklum balas oleh rakan-rakan sekelas. Kamu akan dinilai oleh rakan sekelas dengan menggunakan rubrik yang dimuatnaik di blog ini. Lakonan kamu haruslah jelas, padat dan dapat difahami oleh rakan sekelas.
Kamu diberi 30 minit untuk menghasilkan dialog dan berlatih lakonan. Persembahan kamu adalah selama 10 minit sahaja.

Renungan pelajar
Setelah menjalani program "Tanggang", sekarang giliran kamu pula untuk membuat renungan dalam bentuk entri blog. Kamu harus "log in" menggunakan data sendiri dan kemudian klik "New Post" supaya dapat dibuat entri di blog ini.
Kamu boleh memulakan renungan mengikut panduan perdu di bawah ini.
Kamu boleh juga memberi maklum balas kepada renungan entri blog rakan-rakan yang lain.
Semoga berjaya!~
-Cikgu Fai
Kamu boleh memulakan renungan mengikut panduan perdu di bawah ini.
- Program "Tanggang" dapat ______________________________ kerana _______________________________________________________.
- Aktiviti analisis sajak/podcast/penulisan cerpen/persembahan dapat ______
_______________________________ kerana __________________
_______________________________________________________.
Kamu boleh juga memberi maklum balas kepada renungan entri blog rakan-rakan yang lain.
Semoga berjaya!~
-Cikgu Fai
Rubrik untuk guru - Persembahan
Rubrik untuk pelajar - Lakonan
Kamu boleh menggunakan rubrik di atas untuk menilai persembahan lakonan yang dilakukan oleh rakan sekelas. Pastikan kamu membaca setiap aspek rubrik supaya dapat memberi penilaian yang adil. Maklum balas kamu harus ditaip dengan bahasa yang standard dan gramatis. Klik gambar rubrik di atas untuk melihat dengan lebih teliti lagi.
Selamat berjuang!~
-Cikgu Fai
Monday, November 22, 2010
Rubrik untuk pelajar - Podcast
Kamu patut gunakan rubrik di atas untuk menilai tugasan Podcast. Kamu harus memberi maklum balas kepada sekurang-kurangnya seorang rakan berpandukan rubrik. Pastikan maklum balas kamu menggalakkan dan dapat membantu rakan dalam tugasan-tugasan akan datang. Klik gambar rubrik untuk melihat dengan lebih jelas lagi.
Kamu juga harus mengundi dengan menekan salah satu kotak di bawah.
Selamat berjuang!~
-Cikgu Fai
Subscribe to:
Posts (Atom)