Sekarang kamu dikehendaki untuk membuat Rentas Cipta! Dari sajak Jika Tanggang Tak Derhaka oleh Peter Augustine Goh, kamu harus mengadaptasi dan menghasilkan sebuah cerpen. Cerpen kamu harus sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.
Saya pasti kamu tahu apa itu aktiviti Rentas Cipta.. Untuk membantu kamu, kamu bolehlah mengambil sebahagian daripada aspek analisis sajak yang telah dilakukan dan menulis sebuah cerpen. Ataupun, kamu boleh mengambil amanat atau mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dan mengubahnya untuk menjadi sebuah cerpen.
Aktiviti Rentas Cipta ini diharapkan dapat menunjukkan kreativiti kamu. Diharapkan juga bahawa kamu dapat memberi nafas baru pada topik yang dibincangkan.
Cerpen kamu harus dimuatnaikkan di blog selewat-lewatnya pada hari Ahad, jam 10 malam.
Perhatian: Kepada segelintir pelajar yang tidak mempunyai komputer atau internet di rumah, kamu boleh menaikmuatkan cerpen sebelum masuk ke kelas sastera pada hari Isnin. Komputer di luar bilik guru boleh digunakan. Pastikan kamu menulis nama dan kelas di log yang disediakan.
Saya akan menilai cerpen ini menggunakan rubrik penulisan yang akan dinaikmuatkan di blog ini.
Selamat berjuang!~
-Cikgu Fai
No comments:
Post a Comment