Tuesday, November 23, 2010

Panduan menganalisis sajak

Untuk aktiviti 1 hari pertama program "Tanggang", kamu dikehendaki untuk menganalisis sajak bertajuk Jika Tanggang Tak Derhaka oleh Peter Augustine Goh berdasarkan panduan berikut.

Setiap kumpulan harus menganalisis satu aspek. Saya akan memberikan tugasan kepada setiap kumpulan di kelas nanti.

Aspek-aspek
  • Bentuk
  • Gaya bahasa
  • Nada
  • Sikap pengarang
  • Amanat (Mesej)
  • Tema (akan dibincangkan bersama)
Kamu perlu membincangkan dan membentangkan dari segi...
  • Terangkan aspek analisis sajak yang diberikan
  • Berikan contoh-contoh yang terdapat dalam sajak
  • Nyatakan pendapat kumpulan
Slaids pembentangan haruslah jelas. Kamu harus menggunakan sofwe Powerpoint untuk membuat pembentangan. Setiap kumpulan diberi 2 buah komputer untuk membuat kerja.

Kamu diberi masa 15 minit untuk berbincang.

Selamat berjuang!~


-Cikgu Fai

No comments:

Post a Comment