Selamat menghadiri program sastera "Tanggang"! Selepas penat mengulangkaji dan belajar untuk peperiksaan peringkat "O", kamu perlu sesuatu yang menarik yang diharapkan dapat memupuk lebih minat dalam subjek sastera Melayu.
Kamu sekelas akan menjalani program yang diberi nama "Tanggang" selama 2 hari bermula hari Jumaat ini. Hari kedua program akan dijalankan pada hari Isnin depan.
Seperti biasa, kamu akan mendapat maklumat terperinci tentang program "Tanggang" menerusi blog ini. Menjadi tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar sastera yang berwibawa untuk membaca arahan supaya dapat menyediakan diri untuk aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancangkan.
Saya akan menaikmuatkan beberapa entri mengenai rubrik, arahan dan sebagainya dari masa ke semasa.
Saya mengharapkan bantuan padu dari setiap pelajar supaya program "Tanggang" ini dapat berjalan dengan lancar.
Perhatian: Bagi pelajar yang tidak mempunyai komputer atau tidak mempunyai talian internet di rumah, kamu boleh menggunakan komputer di makmal komputer 1 (di tingkat 3) pada pukul 1 petang hingga 3 petang setiap hari. Kamu harus ingat supaya menulis nama di buku log yang tersedia. Jika kamu memerlukan bantuan, sila hubungi saya di bilik guru.
Semoga berjaya!~
No comments:
Post a Comment