Setelah memilih sebuah cerpen yang ditulis oleh seorang anggota kumpulan kamu, kamu dikehendaki untuk menulis sebuah skrip berdialog bagi melakonkan sebahagian dari cerpen.
Setelah merentas cipta dari sajak ke cerpen, sekarang kamu dikehendaki untuk merentas cipta dari cerpen ke genre drama. Lakonan kamu diharapkan dapat menyemarakkan lagi program "Tanggang" ini dan juga untuk memberi peluang kamu menghargai pelbagai genre sastera.
Interpretasi lakonan kamu akan dirakam menggunakan video rakaman. Fail lakonan kamu akan dinaikmuatkan di blog ini supaya dapat diberi maklum balas oleh rakan-rakan sekelas. Kamu akan dinilai oleh rakan sekelas dengan menggunakan rubrik yang dimuatnaik di blog ini. Lakonan kamu haruslah jelas, padat dan dapat difahami oleh rakan sekelas.
Kamu diberi 30 minit untuk menghasilkan dialog dan berlatih lakonan. Persembahan kamu adalah selama 10 minit sahaja.
Semoga berjaya!~
-Cikgu Fai
No comments:
Post a Comment